Saban hari diperkatakan tentang peluang Malaysia untuk memenangi emas yang pertama di olimpik. Setelah sekian lama kita menanti, dengan persembahan yang terbaik adalah memenangi perak di olimpik. Juga tidak kurangnya ganjaran yang menanti pemenang pingat emas iaitu rm 1 juta ringgit yang mendapat liputan meluas di dada akhbar baru-baru ini.



Tapi bolehkah Malaysia memenangi emas pada olimpik kali ini?? Bagi saya harapan yang terbaik yang boleh disandarkan ialah melalui perseorangan badminton negara iaitu Lee Chong Wei. Permainan yang amat konsisten di era antarabangsa, semangat yang kental boleh dijadikan senjata untuk memenangi emas pada kali ini. Cuma diharapkan mental dan mood yang baik mesti dikekalkan seperti kata jurulatih Misbun baru-baru ini.

Dari pandangan saya, satu-satu halangan beliau ialah pemain no. 1 dari China iaitu Lin Dan. Sebagai pemain yang paling konsisten di antara pemain-pemain China yang lain, teknik, skil dan stamina adalah senjata pemain dari China ini. Tetapi perlu diingat Lee Chong Wei juga pernah beberapa kali menewaskan pemain kelahiran China ini.

Ini semua bukan misi mustahil untuk Lee Chong Wei. Jikalau beliau didalam form yang terbaik, tidak perlu diragui emas perseorangan akan menjadi milik Malaysia. Di harapkan prestasi beliau adalah yang terbaik di sepanjang temasya Olimpik kali ini.

Malaysia boleh.....

0 comments